Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X80 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 25 April ini

vivo secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar terbaru siri vivo X iaitu vivo X80, vivo X80 Pro dan vivo X80 Pro+ yang akan berlangsung di China pada 25 April ini.

Perkara ini telah didedahkan melalui satu video teaser yang telah dimuatnaik di akaun Weibo vivo dan pada video tersebut juga kelihatan vivo X80 Pro+ yang memiliki tetapan quad-kamera dengan reka bentuk modul kamera sama seperti vivo X Note dam vivo X Fold.

Selain itu, khabar angin juga mendakwa vivo X80 Pro+ akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 manakala vivo X80 Pro akan tampil dengan cip Dimensity 9000 manakala cipset yang digunakan pada vivo X80 tidak diketahui buat masa ini.

Selepas pelancaran di China, vivo dijangka akan menawarkan telefon pintar ini ke pasaran global.

Sumber : GSMArena

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.