Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet pertama vivo Pad kini rasmi dengan cip Snapdragon 870


Pelancaran vivo X Fold yang merupakan telefon pintar foldable pertama syarikat ini juga disertai dengan pelancaran tablet pertama mereka iaitu vivo Pad.

vivo Pad hadir dengan skrin paparan berukuran 11.0-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini juga menyokong Dolby Vision dan ianya turut dipadankan bersama pembesar suara Dolby Atmos.

vivo Pad hadir dengan cip Snapdragon 870, 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB serta antaramuka Origin OS HD.

vivo Pad juga menyokong input stylus, papan kekunci dengan trackpad, Wi-Fi 6 dan USB 3.2 Gen1.

Selain itu, vivo Pad memiliki bateri berkapasiti 8,040mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W namun tablet ini mempunyai profil reka bentuk yang nipis iaitu hanya 6.55mm dengan berat 489 gram.

Berikut adalah harga vivo Pad di China :

vivo Pad 8/128GB – CNY 2,499 (RM 1,660)

vivo Pad 8/256GB – CNY 2,999 (RM 1,992)

Status penawaran vivo Pad bagi pasaran antarabangsa masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.