Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 1

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 2
Selain telefon pintar foldable pertama, vivo turut memperkenalkan vivo X Note, sebuah telefon pintar bersaiz tablet dengan skrin gergasi 7.0-inci.

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 3

vivo X Note menampilkan penggunaan skrin paparan Samsung E5 AMOLED 7” dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini mempunyai nisbah 21:10 dengan kecerahan maksima 1,500 nits, HDR10+ dan liputan DCI-P3 112%.

Skrin paparan besar ini juga mempunyai sensor capjari yang 3D Sonic Max daripada Qualcomm yang mempunyai ruang pengesanan lebih besar yang membolehkan dua jari dikesan serentak.

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 4

Beralih kepada bahagian dalaman, vivo X Note hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, 8GB atau 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB. Terdapat juga ruang wap untuk sistem penyejukan cip yang efektif (47,132 mm²) dan lapisan grafit.

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 5

Ke bahagian kamera, vivo X Note hadir dengan sensor utama 50MP ISOCELL GN1, sensor periskop 125mm yang menawarkan 5x zoom optikal dan 60x zoom digital , sensor zoom 12MP yang menawarkan 2x zoom optikal dan sensor ultrawide 48MP. Terdapat juga penggunaan lensa ZEISS Vario-Tessar dan ISP V1.

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 6

Selain itu, vivo X Note memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W serta pengecasan tanpa wayar berbalik 10W.

vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1 7
vivo X Note ditawarkan didalam tiga warna iaitu Blue, Black dan Gray iaitu dengan kemasan panel belakang Faux Leather.

vivo X Note akan ditawarkan pada harga seperti berikut;

vivo X Note 8/128GB – CNY 5,999 (RM 3,979)

vivo X Note 12/256GB – CNY 6,499 (RM 4,310)

vivo X Note 12/512GB – CNY 6,999 (RM 4,642)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.