Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find N mungkin dilancarkan sebagai telefon pintar foldable OnePlus di pasaran global


Pelancaran satu model telefon pintar dibawah jenama yang berbeza bukan sesuatu yang baharu dipasaran dan taktik ini biasa digunakan oleh syarikat seperti Xiaomi yang mempunyai beberapa jenama telefon pintar lain seperti Poco, dan Redmi.

Walaubagaimanapun, OPPO dan OnePlus juga bernaung dibawah syarikat yang sama dan laporan terbaru mendakwa telefon pintar foldable pertama OnePlus adalah Oppo Find N yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun, sumber juga mendakwa bahawa telefon pintar foldable OnePlus ini akan mempunyai perbezaan dengan Oppo Find N namun buat masa ini masih belum ada maklumat bila ianya akan dilancarkan.

Selain itu, Oppo Find N adalah peranti yang eksklusif di China walaupun ianya mendapat perhatian yang tinggi dari pengguna global.

Telefon Pintar Foldable Oppo Find N kini rasmi – harga dari RM 5,114

Sehubungan dengan itu, telefon pintar foldable OnePlus ini mungkin memasuki pasaran antarabangsa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.