Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10 Pro kini rasmi untuk pasaran global

Seperti dilaporkan, OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip 2022 mereka iaitu OnePlus 10 Pro untuk pasaran global.

Telefon pintar flagship OnePlus ini telah dilancarkan di pasaran China pada bulan Januari yang lalu dan kini telah mula menjejaki pasaran global.

OnePlus 10 Pro hadir dengan reka bentuk baharu yang mana modul kamera telefon pintar terbina selari dengan rangka peranti dan panel belakang berasaskan gelas yang membolehkan ianya menyokong pengecasan tanpa wayar 50W.

Pada bahagian hadapan, OnePlus 10 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED LTPO 2.0 berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2K+ dan kadar segar semula 120Hz dengan pelarasan bingkai dinamik untuk penjimatan bateri yang lebih baik.

OnePlus 10 Pro memiliki cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB yang membolehkan ianya menerima pensijilan fluency TÜV yang bermaksud telefon pintar ini akan beroperasi dengan konsisten seperti pada hari pertama untuk tempoh 36 bulan.

OnePlus 10 Pro tampil dengan kombinasi kamera yang sangat mengagumkan dimana ianya memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 150° 50MP dan sensor telefoto 8MP 3.3x zoom. Kamera ini juga dilengkapi Hasselblad Natural Color Optimization 2.0 untuk warna yang lebih semulajadi. Kamera selfie adalah unit 32MP.

Selain itu, OnePlus 10 Pro juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W dan ColorOS 12.1.

OnePlus 10 Pro akan ditawarkan pada harga €899 bagi versi 8/128GB (RM 4,220) dan €999 (RM 4,690) bagi versi 12/256GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.