Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 999

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 999 11

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G untuk pasaran global dan ianya akan ditawarkan di Malaysia mulai bulan April 2022.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 999 12

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G

Redmi Note 11 Pro+ adalah telefon pintar yang mempunyai banyak persamaan dengan Redmi Note 11 Pro dimana ianya tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan lubang punch-hole kecil berukuran 2.96mm yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Selain itu, Redmi Note 11 Pro+ menampilkan cip pemprosesan Dimensity 920, 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Beralih kepada bateri, Redmi Note 11 Pro+ menampilkan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas HyperCharge 120W yang mampu memenuhi bateri didalam masa 15 minit sahaja.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 999 13

Pada bahagian kamera, Redmi Note 11 Pro+ mempunyai tiga kamera iaitu sensor utama 108MP Samsung HM2, sensor ultrawide 120° 8MP dan sensor telemakro 2MP.

Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo JBL dan antaramuka MIUI 13 dengan Android 12.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April 2022 pada harga RM 1,499 bagi versi 8/128GB dan RM 1,599 bagi versi 8/256GB.

Xiaomi juga akan mengadakan jualan kilat bagi kedua-dua versi ini yang membolehkan anda mendapatkanya pada harga RM 1,399 dan RM 1,499 di Lazada dan Shopee.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 999 14
Xiaomi Redmi Note 11S 5G

Xiaomi Redmi Note 11S hadir dengan skrin paparan AMOLED 90Hz AdaptiveSync  berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+, pemproses MediaTek Dimensity 810, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Redmi Note 11S 5G juga memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 999 15

Beralih kepada bateri, Xiaomi Redmi Note 11S 5G memiliki sel berkapasiti 5,000mAh yang juga disertakan bersama pengecasan pantas 33W Pro.

Xiaomi Redmi Note 11S 5G juga memiliki X-axis linear motor, pensijilan IP53, IR Blaster, NFC dan dual speaker.

Xiaomi Redmi Note 11S 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 22 April pada harga RM 999 di stor fizikal Xiaomi, wakil pengedar rasmi, Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.