Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Ultra dijangka guna sensor 50 MP Sony Exmor IMX800 bersaiz 1/1.1”


Xiaomi dilihat masih belum selesai dengan siri telefon pintar flagship syarikat ini iaitu Xiaomi 12 Series dan mungkin akan melancarkan Xiaomi 12 Ultra tidak lama lagi.

Kini, satu laporan daripada Digital Chat Station telah berkongsi maklumat mengenai sebuah sensor Sony yang diberikan kepada syarikat pengeluar telefon pintar untuk diuji dan terdapat andaian bahawa ianya akan digunakan oleh Xiaomi pada Xiaomi 12 Ultra.

Sensor yang diperkatakan adalah Exmor IMX800 yang merupakan sensor 50MP dengan saiz 1/1.1” yang menjadikanya sensor terbesar didalam industri mengatasi sensor Samsung 50MP GN 2 bersaiz 1/1.12” yang digunakan pada Xiaomi 11 Ultra.

Selain itu, sensor pada Xiaomi 12 Ultra dikatakan akan memiliki resolusi 50MP, 48MP dan 48MP yang sama seperti generasi sebelum ini namun sensor yang digunakan mungkin berbeza.

Xiaomi 12 Ultra dijangka akan memasuki pasaran didalam waktu terdekat dengan pasaran China akan menjadi yang pertama untuk menerima model ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.