Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE – Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 23

Pengenalan

HUAWEI secara rasminya telah mula menawarkan HUAWEI nova 9 SE di Malaysia yang mana telefon pintar ini tampil dengan reka bentuk yang sangat elegan dan premium sinonim dengan nova Series.

HUAWEI nova 9 SE merupakan model susulan bagi HUAWEI nova 9 namun telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi yang berbeza namun reka bentuk yang hampir sama.

HUAWEI Malaysia telah memberikan kami unit ulasan nova 9 SE yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 24

Reka Bentuk

Reka bentuk telefon pintar keluaran HUAWEI tidak pernah mengecewakan dan nova 9 SE juga termasuk didalam kategori ini.

Walaupun boleh dikatakan sebagai peranti kelas entry-level , HUAWEI nova 9 SE tampil dengan reka bentuk premium yang menampilkan panel gelas 3D yang menawan dan terhasil dengan teknokogi dual-film dual-plating nano texture.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 25

Hasilnya, panel belakang HUAWEI nova 9 SE memberikan pantulan yang menarik perhatian apabila ianya dipegang atau terkena cahaya.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 26
Selain itu, panel belakang HUAWEI nova 9 SE juga melengkung pada kedua-dua sisi yang memberikan ianya cengkaman yang lebih kukuh ketika dipegang.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 27

Dalam pada itu, modul kamera nova 9 SE ini adalah sama seperti HUAWEI nova 9 namun sensor yang digunakan pada telefon pintar ini adalah berlainan.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 28

Bercakap mengenai kedudukan butang fizikal, HUAWEI nova 9 SE memiliki butang kuasa pada bahagian sisi kanan peranti dan ianya turut mempunyai dwi-fungsi sebagai sensor capjari manakala butang pelaras bunyi juga berada di sisi kanan iaitu di atas butang kuasa.

Pada bahagian bawah pula, HUAWEI nova o SE memiliki slot USB-C, pembesar suara (bukan stereo) manakala slot SIM pula diletakkan pada bahagian atas peranti.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 29

HUAWEI nova 9 SE adalah sebuah peranti yang berat iaitu sekitar 191 gram dengan ketebalan 7.94m.

HUAWEI nova 9 SE ditawarkan didalam tiga warna iaitu Pearl White, Midnight Black dan Crystal Blue seperti unit ulasan kami.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 30
Skrin Paparan

HUAWEI nova 9 SE tampil dengan skrin paparan FullView berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 90Hz dengan gamut warna PC3.

Ianya adalah panel IPS TFT LCD yang mempunyai resolusi FHD+ dan ianya juga dikelilingi bezel sisi skrin yang sangat nipis iaitu berukuran 1.05mm dan terdapat lubang punch-hole di bahagian tengah yang menempatkan kamera selfie 16MP dengan aperture f/2.2

Sedikit mengecewakan adalah penggunaan panel LCD pada nova 9 SE dan bukanya panel OLED yang kini lebih popular namun harus kita terima realiti bahawa telefon pintar ini disasarkan sebagai peranti kelas entry level sahaja.

Kadar kecerahan dan warna pada panel skrin HUAWEI Nova 9 SE ternyata sangat baik dan dilihat mampu memberikan pengguna pengalaman skrin yang memuaskan.

Pemproses

HUAWEI nova SE hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 680 yang merupakan cip berkebolehan untuk memberikan pengguna prestasi peranti yang konsisten dan stabil sepanjang masa.

Cip ini diperbuat melalui proses fabrikasi 6nm yang lebih cekap tenaga dan Snapdragon 680 ini terdiri daripada 4 teras Cortex-A73 berserta 4 teras Cortex-A53 Silver manakala GPU adalah Adreno 610.

Bersama cipset 4G ini, HUAWEI nova 9 SE juga memiliki 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Jika anda peminat HUAWEI, anda pasti sudah biasa dengan ekosistem HUAWEI Mobile Services iaitu tanpa Google Mobile Services atau lebih popular sebagai GMS.

Ini bermaksud anda kehilangan akses kepada perkhidmatan Google namun ianya diganti dengan HUAWEI Mobile Services yang kini semakin matang dan mampu berdiri sendiri.

Tunjang kepada peranti HUAWEI seperti nova 9 SE adalah HUAWEI AppGallery yang kini merupakan stor aplikasi ketiga terbesar didunia dengan hampir 80-90% aplikasi popular tempatan ditawarkan secara rasmi.

Walaubagaimanapun, pada pendapat kami ianya masih belum mampu untuk menyakinkan pengguna untuk beralih kepada HMS ini dan masa depan HUAWEI didalam pasaran telefon pintar global adalah semakin tergugat.

Dalam pada itu, antaramuka yang digunakan pada telefon pintar ini adalah EMUI 12.01 yang berasaskan Android 11.

Secara keseluruhan, HUAWEI nova 9 SE memberikan anda prestasi peranti yang konsisten dan stabil

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 31
Kamera

HUAWEI nova 9 SE tampil dengan penggunaan AI quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP , sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

Penggunaan sensor 108MP sedikit sebanyak memberikan nova 9 SE kemampuan untuk mengambil gambar yang baik dan berkualiti tinggi namun ketiadaan OIS sedikit mempengaruhi ketajaman gambar ini apabila tangan bergegar ketika mengambil gambar.

Selain sensor 108MP, sensor ultrawide 8MP juga mampu mengambil gambar yang memuaskan manakala sensor makro dilihat tidak mampu memberikan pengguna kualiti gambar yang memuaskan.

 

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 32

Bateri

HUAWEI nova 9 SE memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang sedikit mengecewakan kerana berat dan profil telefon pintar ini tidak padan dengan kapasiti bateri yang digunakan.

Walaubagaimanapun, ianya sedikit terubat kerana nova 9 SE memiliki pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W yang mampu memberikan anda pengecasan dari 0-100% didalam masa 36 minit sahaja.

ULASAN : HUAWEI nova 9 SE - Telefon Pintar kategori Harga RM 1,000 yang patut diberi perhatian 33
Penutup

HUAWEI nova 9 SE mungkin bukan sebuah peranti atasan terbaik diluar sana namun dengan paparan FullView 120Hz, sistem kamera dengan sensor 108MP dan pengecasan pantas SuperCharge 66W, telefon pintar ini boleh di letakkan sebagai peranti terbaik didalam kategori harga RM 1,000.

HUAWEI nova 9 SE kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 dan peranti kelas entry level atasan ini adalah untuk anda jika anda tidak terlalu bergantung kepada ekosistem GMS.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.