Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Z 5G dengan cip Snapdragon 695 akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Mac ini


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran satu lagi telefon pintar didalam Oppo Reno7 Series.

Selepas pelancaran Oppo Reno7 Pro 5G dan Oppo Reno7 5G, Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa Oppo Reno7 Z pula akan mendarat dipasaran Malaysia pada 29 Mac ini.

Oppo Reno7 Z dijangka akan membawakan teknologi portrait expert yang sinonim dengan Oppo Reno Series dan ianya akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang juga akan membawakan teknologi 5G dan antaramuka ColorOS 12.

Maklumat lengkap mengenai Oppo Reno7 Z 5G akan diketahui didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.