Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee 3.15 Consumer Day – 5 kali ganda lebih banyak barangan dibeli dalam masa 2 jam pertama

Shopee 3.15 Consumer Day - 5 kali ganda lebih banyak barangan dibeli dalam masa 2 jam pertama 3
Shopee telah menutup tirai 3.15 Consumer Day dengan jayanya dan ianya merupakan jualan mega pertama bagi tahun 2022.

Jualan Mega kali menyaksikan 5 kali ganda lebih banyak barangan dibeli dalam masa 2 jam iaitu pada 15 Mac berbanding hari biasa. Lebih 36 juta baucar Shopee juga dituntut setiap jam pada 15 Mac, membolehkan pengguna berjimat dengan lebih banyak lagi untuk segala yang mereka perlukan.

Dengan lebih ramai pengguna meraikan 3.15, jenama-jenama dan para penjual dapat berhubung dan berinteraksi dengan pengguna secara lebih mudah. Pesanan di Shopee Mall meningkat 5 kali ganda berbanding hari biasa, ketika jenama-jenama menyaksikan peningkatan trafik ke Kedai Rasmi mereka. Perniagaan-perniagaan tempatan juga menyaksikan peningkatan jualan, dipacu oleh sokongan padu daripada para pembeli.

Di Malaysia, penjual bekalan perubatan OneWorld PPE, penjual pelitup muka wiwutechnologies, dan penjual bekalan haiwan peliharaan Gun Pet Outlet muncul sebagai penjual-penjual terbaik pada 3.15 ini.

Para pembeli juga meraikan 3.15 Hari Pelanggan bersama Shopee di media sosial, dengan lebih daripada 560,000interaksi direkodkan di saluran media sosial Shopee Malaysia semasa kempen berlangsung dari 3 Mac hingga 15 Mac.

Pengguna-pengguna setia Shopee turut memenangi hadiah menarik menerusi inisiatif #ShopeeCelebratesYou di Facebook, Instagram dan Twitter, dengan para pengguna setia dikejutkan dengan baucar Shopee RM15 di Malaysia.

3.15 Consumer Day di Malaysia

Di Malaysia, lebih ramai pembeli dapat merasai kegembiraan membeli-belah atas talian bersama Shopee. Khususnya, 3.15 Hari Pelanggan memberi peluang kepada para pengguna untuk menghargai diri mereka sendiri dan juga orang sekeliling.

Menariknya, pada 15 Mac, bilangan pembeli dari luar ibu-ibu negeri meningkat lebih daripada 6 kali ganda berbanding hari biasa, membuktikan peningkatan jangkauan bagi jualan mega ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.