Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y21T akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini


Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo Y21T akan memasuki pasaran tempatan pada 26 Mac 2022.

Bersama pengesahan ini, vivo Malaysia juga telah mendedahkan maklumat spesifikasi telefon pintar ini yang mana ianya akan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 680.

Selain itu, vivo Y21T juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Bercakap mengenai kamera, Vivo Y21T juga telah disahkan akan memiliki tetapan tri-kamera yang mana ianya disertakan dengan sensor utama 50MP.

Akhir sekali, vivo Y21T juga akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Pearl White dan Midnight Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.