Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 50A dan Narzo 50A Prime kini di Malaysia – harga promosi dari RM 529

realme Narzo 50A dan Narzo 50A Prime kini di Malaysia - harga promosi dari RM 529 9
Selain realme GT2 Pro dan realme Buds Air3 , realme juga telah memperkenalkan
 realme Narzo Narzo 50A dan 50A Prime untuk pasaran Malaysia pada 24 Mac ini.

realme Narzo 50A dan Narzo 50A Prime tampil dengan reka bentuk Kelvar Speed Texture yang mempunyai ketebalan 8.1mm (8.(5mm pada Narzo 50A).

realme Narzo 50A dan Narzo 50A Prime kini di Malaysia - harga promosi dari RM 529 10

realme Narzo 50A 

realme Narzo 50A hadir dengan skrin paparan Ultra Smooth berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses MediaTek Helio G96 dengan dua pilihan RAM iaitu 4GB atau 6GB manakala storan dalaman adalah 64GB atau 128GB.

realme Narzo 50A juga memiliki teknologi AI Triple Camera yang terdiri daripada sensor utama 50MP, sensor B&W dan sensor Makro.

Ke bahagian bateri, realme Narzo 50A hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 33W Dart Charge untuk mencapai pengecasan penuh didalam masa 70 minit sahaja.

realme Narzo 50A juga mempunyai sensor capjari pada bahagian sisi, teknologi DRAM dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Speed Black dan Speed Blue.

realme Narzo 50A akan ditawarkan didalam pada harga RM 699 bagi versi 4/64GB dan RM 799 bagi versi 6/128GB.

realme juga akan mengadakan jualan istimewa pada harga RM 649 bagi versi 4/64GB dan Rm 729 bagi versi 6/128GB pada 27 Mac hingga 29 Mac ini secara eksklusif di Lazada.

realme Narzo 50A dan Narzo 50A Prime kini di Malaysia - harga promosi dari RM 529 11
realme Narzo 50A Prime

realme Narzo 50A Prime  akan dilengkapi dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.6-inci. Ianya adalah panel 60Hz yang mempunyai kecerahan maksima 600nits.

Beralih kepada bahagian dalaman, realme Nazro 50A Prime hadir dengan cip pemprosesan Unisoc T612, 4GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

realme Narzo 50A Prime turut dilengkapi satu sensor utama 50MP bersama satu sensor makro dan sensor B&W.

Dalam pada itu, realme Narzo 50A Prime juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

realme Narzo 50A Prime akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Flash Blue dan Flash Black.

realme Narzo 50A dan Narzo 50A Prime kini di Malaysia - harga promosi dari RM 529 12

realme Narzo 50A Prime akan ditawarkan didalam pada harga RM 629 bagi versi 4/64GB dan RM 679 bagi versi 4/128GB.

realme juga akan mengadakan jualan istimewa pada harga RM 529 bagi versi 4/64GB dan RM 579 bagi versi 4/128GB pada 25 Mac hingga 26 Mac ini secara eksklusif di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.