Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Air3 kini rasmi di Malaysia dengan ciri ANC – harga promosi RM 169 sahaja


Selain pelancaran realme GT 2 Pro di Malaysia, realme juga telah memperkenalkan TWS terbaru syarikat ini iaitu realme Buds Air3 pada harga RM 229.

realme Buds Air3 adalah TWS terbaru daripada realme yang menawarkan pendengaran sehingga 30 jam dengan satu pengecasan dan 10 minit pengecasan juga mampu memberikan 100 minit pendengaran muzik.


Selain itu, realme Buds Air3 juga dilengkapi pemacu Dynamic Bass Boost 10mm dan ianya juga membawakan pembatalan bunyi hingar aktif terbaik syarikat ini iaitu sehingga 42dB.

realme Buds Air3 juga hadir dengan reka bentuk in-ear yang mana kedua-dua buds ini juga mempunyai pensijilan kalis air IPX5.


realme Buds Air3 juga membawakan mod transparency, mod Game yang menawarkan kadar latensi rendah 88ms dan Bluetooth 5.2.

realme Buds Air3 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Galaxy White dan Starry Blue.

 realme Buds Air3 akan ditawarkan  pada harga istimewa RM 169 sahaja iaitu pada 25 Mac hingga 27 Mac di stor rasmi realme di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.