Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi – dengan Nothing OS


Carl Pei, nama yang tidak asing didalam industri telefon pintar global telah membuat pengumuman penting yang akan menyaksikan syarikat terbaru beliau iaitu Nothing, melancarkan telefon pintar baharu mereka tidak lama lagi.

Menurut Carl Pei, Nothing berazam menjadi sebuah syarikat teknologi serba lengkap seperti Apple dan beliau juga berkata bahawa Nothing berazam untuk menjadi alternatif terbaik kepada Apple.

Selepas pelancaran produk pertama syarikat ini iaitu Nothing Ear (1), Carl Pei telah mengesahkan pelancaran telefon pintar pertama mereka iaitu Nothing Phone (1) tidak lama lagi dan ianya akan beroperasi pada antaramuka khas iaitu Nothing OS yang akan dilancarkan pada April.

Pei mendakwa telefon pintar ini akan membawa angin baharu didalam industri telefon pintar dan untuk menjadikan perkara ini realiti, Nothing akan berkerjasama dengan Qualcomm untuk membekalkan cip pemprosesan dan komponen lain dari Samsung, Sony dan Visionox.

Selain itu, Nothing Phone (1) juga akan menerima 3 tahun kemaskini OS dan 4 tahun kemaskini keselamatan Android.

Akhir sekali, pelancaran Nothing Phone (1) diharap dapat memberikan pengguna sebuah telefon pintar yang memberikan nilai belian terbaik atau lebih tepat sebuah flagship killer sebenar seperti OnePlus One.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.