Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M33 5G akan ditawarkan mulai 27 Mac ini – eksklusif di Lazada pada harga promosi RM 1,399

Samsung Galaxy M33 5G akan ditawarkan mulai 27 Mac ini - eksklusif di Lazada pada harga promosi RM 1,399 5
Samsung Malaysia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar terbaru didalam Galaxy M Series iaitu Samsung Galaxy M33 5G.

Samsung Galaxy M33 5G akan dilancarkan bersempena dengan jualan Lazada 10th Birthday yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Mac 2022.

Samsung Galaxy M33 5G akan hadir dengan skrin paparan FHD+ Infinity-V (TFT LCD) berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan dikuasakan dengan cip 5nm Exynos 1280. Cipset ini juga dipadankan bersama 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy M33 5G akan ditawarkan mulai 27 Mac ini - eksklusif di Lazada pada harga promosi RM 1,399 6

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy M33 5G akan disertakan dengan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 5MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Bercakap mengenai bateri pula, telefon pintar ini memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy M33 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Blue, Brown dan Green pada harga RM 1,499.

Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy M33 5G di stor Flagship Samsung di Lazada pada harga RM 1,399 sahaja (pada 27 hingga 29 Mac sahaja).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.