Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 1 – harga promosi hanya RM 2,599

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 1 - harga promosi hanya RM 2,599 11
realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu realme GT 2 Pro untuk pasaran Malaysia pada harga RM 2,999 namun ianya boleh dimiliki pada harga serendah RM 2,599 sahaja ( Baca lanjut).

realme GT 2 Pro tampil reka bentuk khas berasaskan bahan belakang polimer berasaskan bio yang memberikan rasa seperti kertas dan ianya adalah kali pertama digunakan dipasaran.

reka bentuk ini telah dibangunkan oleh Naoto Fukusawa bersama realme Design Studio yang menawarkan kekuatan struktur sama seperti bahan fosil namun lebih mesra alam.

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 1 - harga promosi hanya RM 2,599 12

realme GT 2 Pro tampil dengan skrin paparan LTPO 2.0 AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula adaptive 1-120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 1,000Hz. Panel ini adalah 50% lebih cekap tenaga,sokongan 10bit warna, pensjilan HDR10+ dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 1 - harga promosi hanya RM 2,599 13

realme GT 2 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Hanya varian ini akan ditawarkan di Malaysia.

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 1 - harga promosi hanya RM 2,599 14

realme GT 2 Pro hadir dengan dua sensor 50MP iaitu sensor utama Sony IMX766 yang mempunyai OIS dan 1.0µm piksel serta sensor ultrawide Samsung JN1 150°. realme GT 2 Pro juga mempunyai sensor mikroskop pada jarak sedekat 40x.

realme GT 2 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W dan hadir dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme GT 2 Pro ditawarkan didalam 2 pilihan warna iaitu Paper White dan Steel Black

Berikut adalah harga realme GT 2 Pro di Malaysia.

realme GT 2 Pro 12/256GB – RM 2,999

realme akan mengadakan dua pusingan jualan kilat bagi realme GT 2 Pro yang mana anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM 2,599 sahaja.

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 1 - harga promosi hanya RM 2,599 15

Pusingan Pertama (25 Mac hingga 26 Mac 2022) – Dapatkan realme GT 2 Pro pada harga RM 2,599 di stor rasmi realme Shopee, percuma realme Buds 2 Neo (sementara stok masih ada).

Pusingan Kedua (30 Mac hingga 31 Mac 2022) – Dapatkan realme GT 2 Pro pada harga RM 2,599 di stor rasmi realme Shopee, percuma realme Buds 2 Neo (sementara stok masih ada).

Beli realme GT 2 Pro di Shopee

realme GT 2 Pro akan turut ditawarkan di stor realme Authorised pada harga RM 2,999 dan setiap pembelian di stor ini akan menerima realme Watch 2 Pro dan tambahan satu tahun waranti bagi realme GT 2 Pro.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.