Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Air3 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini

realme Buds Air3 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini 7
realme GT 2 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Mac dan pelancaran telefon pintar flagship premium ini juga akan disertakan dengan pelancaran TWS realme Buds Air3.

realme Buds Air3 adalah TWS terbaru daripada realme yang menawarkan pendengaran sehingga 30 jam dengan satu pengecasan dan 10 minit pengecasan juga mampu memberikan 100 minit pendengaran muzik.

realme Buds Air3 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini 8
Selain itu, realme Buds Air3 juga dilengkapi pemacu Dynamic Bass Boost 10mm dan ianya juga membawakan pembatalan bunyi hingar aktif terbaik syarikat ini iaitu sehingga 42dB.

realme Buds Air3 juga hadir dengan reka bentuk in-ear yang mana kedua-dua buds ini juga mempunyai pensijilan kalis air IPX5.

realme Buds Air3 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini 9

realme Buds Air3 juga membawakan mod transparency, mod Game yang menawarkan kadar latensi rendah 88ms dan Bluetooth 5.2.

realme Buds Air3 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Galaxy White dan Starry Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.