Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F4 telah dikesan di Geekbench – sama seperti Redmi K40S


Telefon pintar flagship Poco iaitu Poco F4 telah dikesan di Geekbench dan ramalan awal yang mengatakan ianya adalah berasaskan Redmi K40S ternyata tepat.

Redmi K40S yang dilancarkan bersama Redmi K50 dan Redmi K50 Pro ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 870.

Selain itu, data di GeekBench juga mendedahkan telefon pintar ini memiliki 8GB RAM dan Android 12.


Jika Poco F4 adalah model Redmi K40S yang dijenama semula, ianya akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci, tetapan tri-kamera yang memiliki sensor utama 48MP dengan OIS dan bateri berkapasiti 4,500mAh berserta sokongan pengecasan pantas 67W.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat bila Poco F4 ini akan dilancarkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.