Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE (2022) kini ditawarkan untuk pra-tempahan – harga dari RM 2,099


Apple iPhone SE (2022) yang dilancarkan minggu lalu kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dengan harga dari RM 2,099.

Apple iPhone SE (2022) hadir dengan skrin paparan Retina HD berukuran 4.7-inci dengan sokongan True Tone, Dolby Vision dan HDR10 namun generasi kali ini diberi lapisan gelas keselamatan Ceramic Shield.

Bezel besar pada iPhone 8 masih dikekalkan pada iPhone SE (2022) ini dan begitu juga sensor capjari TouchID yang memudahkan pembukaan peranti walaupun menggunakan pelitup muka.

Dari segi cipset, Apple menawarkan cip Apple A15 Bionic yang sama seperti pada Apple iPhone 13 Series dan telefon pintar ini juga menyokong 5G dan iOS 15.

Apple iPhone SE (2022) hadir dengan satu sensor kamera 12MP dibelakang yang hadir dengan fotografi Smart HDR 4 dan teknologi Deep fusion serta Photographic Styles

Kamera selfie Apple iPhone SE ini adalah 7MP dan terdapat beberapa kesan potret yang disertakan.

Lain-lain spesfikasi Apple iPhone SE adalah sokongan 5G, Wi-Fi 6,pengecasan tanpa wayar dan pensijilan kalis air dan habuk IP67

iPhone SE (2022) hadir didalam tiga warna iaitu Midnight, Starlight dan Product Red ,

iPhone SE (2022) 64GB – RM 2,099

iPhone SE (2022) 128GB – RM 2,299

iPhone SE (2022) 256GB – RM 2,799

Pra-tempahan iPhone SE (2022) boleh dibuat di Apple Online Store, Machines, Switch dan saluran pengedar rasmi yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.