Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen – harga promosi dari RM 2,799


Selepas pelancaran di China pada penghujung tahun lalu
, Xiaomi akhirnya telah melancarkan telefon pintar flagship Xiaomi 12 Series untuk pasaran global yang mana ianya turut dilancarkan serentak di Malaysia sebentar tadi.

Bagi pasaran global, Xiaomi mempertaruhkan dua model Xiaomi 12 Series ini iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro yang mana kedua-dua model ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Xiaomi 12

Xiaomi 12 merupakan telefon pintar flagship kompak yang hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.28-inci dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync.

Skrin paparan ini juga memaparkan 68 bilion warna dengan kecerahan maksima sehingga 1,000 nits. Xiaomi 12 juga mempunyai sensor capjari terbina dalam skrin dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.

Xiaomi 12 tampil dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 seperti pada Xiaomi 12 Pro dan ianya dipadankan dengan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Xiaomi 12 tampil dengan sensor utama 50MP Sony IMX 766, sensor ultrawide 13MP dan sensor 5MP tele-makro 50mm. Kamera selfie Xiaomi 12 adalah 32MP.

Bercakap mengenai bateri, Xiaomi 12 memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Pengecasan ini juga dilengkapi teknokogi Xiaomi Adaptive Charging. 

Xiaomi 12 juga mempunyai sistem penyejukan Master Cooling, antaramuka MIUI 13, Wi-Fi 6 dan 15 antena untuk isyarat rangkaian dan Wi-Fi yang lebih pantas dan stabil.


Berikut adalah harga bagi Xiaomi 12 di Malaysia :

Xiaomi 12 8/128GB – RM 2899

Xiaomi 12 8/256GB – RM 2,999

Xiaomi 12 varian 8/128GB juga akan ditawarkan pada harga RM 2,799 (jualan kilat) di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Selain itu, bagi pembelian Xiaomi 12 varian 8/256GB, anda akan menerima Xiaomi Soundbar 3.1 bernilai RM 1499, satu tahun lanjutan waranti dan gantian skrin percuma.

Xiaomi 12 Pro

Xiaomi 12 Pro adalah flagship sebenar didalam Xiaomi 12 Series dan ianya tampil dengan skrin paparan 2K (WQHD+) berukuran 6.73-inci yang menggunapakai panel LTPO 2.0 dengan kadar segar semula AdaptiveSync Pro 120Hz dan dilapisi gelas Corning Gorilla Victus.

Skrin paparan ini juga mempunyai kadar kecerahan maksima 1,500nits,

Xiaomi 12 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang ditawarkan dengan 8GB/12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Pada bahagian kamera, Xiaomi 12 Pro memiliki tiga sensor iaitu sensor utama 50MP Sony IMX707, sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 50MP dengan 115⁰ FOV. Semua sensor ini juga menyokong mod malam dan rakaman video 4K 60fps.

Xiaomi 12 Pro juga memiliki teknologi pemfokusan pantas terbaru yang dibangunkan oleh syarikat ini iaitu CyberFocus.

Bateri yang dimiliki Xiaomi 12 Pro adalah 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar 50W. Xiaomi juga menyertakan cip Surge P1 untuk menguruskan tenaga pengecasan.

Berikut adalah harga Xiaomi 12 Pro di Malaysia :

Xiaomi 12 Pro 12/256GB – RM 3,899

Setiap pembelian Xiaomi 12 Pro ini akan menerima Xiaomi Soundbar 3.1 bernilai RM 1499, satu tahun lanjutan waranti dan gantian skrin percuma.

Xiaomi 12 Pro juga menyokong perkhidmatan waranti antarabangsa yang meliputi 50 negara seluruh dunia.

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro juga akan hadir dengan MIUI 13 berasaskan Android 12, 3 tahun kemaskini OS dan akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu black, blue dan pink.

Pra-Tempah Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.