Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hanya Apple iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max dilaporkan akan guna cip A16 Bionic – iPhone 14 dan 14 Max guna cip A15

Hanya Apple iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max dilaporkan akan guna cip A16 Bionic - iPhone 14 dan 14 Max guna cip A15 1

Hanya Apple iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max dilaporkan akan guna cip A16 Bionic - iPhone 14 dan 14 Max guna cip A15 2
Penganalisa terkemuka Apple iaitu Ming Chi Kuo mendakwa bahawa hanya model Apple iPhone 14 Pro akan menggunakan cip A16 Bionic manakala iPhone 14 akan mengekalkan penggunaan cip A15 Bionic yang sama seperti pada iPhone 13.

Didalam posting di Twitter rasmi beliau, Kuo mendakwa bahawa iPhone 14 dan iPhone 14 Max akan hadir dengan cip Apple A15 Bionic manakala iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan hadir dengan cipset generasi baharu iaitu A16 Bionic.

Selain itu, kesemua telefon pintar ini akan hadir dengan 6GB RAM namun dua model iPhone 14 akan hadir dengan RAM jenis LPDDR4X manakala dua model iPhone 14 Pro akan hadir dengan RAM jenis LPDRR5 yang lebih pantas.

Tindakan ini mungkin untuk memberikan satu lagi perbezaan utama antara model biasa dan model Pro dan kita mungkin melihat strategi ini digunakan untuk model-model iPhone yang akan datang.

Jika tepat, ia akan menjadi kali pertama Apple menggunakan dua jenis cipset pada telefon pintar iPhone yang dilancarkan pada tahun yang sama.

Apple iPhone 14 akan dilancarkan pada bulan September 2022.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.