Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing akan melancarkan produk kedua mereka pada 23 Mac ini – guna cip Snapdragon


Nothing secara rasminya telah mengesahkan akan mengadakan majlis pelancaran produk pada  23 Mac ini dan terdapat kata-kata yang mengatakan ianya mungkin menyaksikan pelancaran telefon pintar pertama daripada syarikat ini.

Nothing adalah syarikat yang diasaskan oleh Carl Pei yang merupakan pengasas bersama OnePlus dan dilihat sebagai tunjang kepada kejayaan awal OnePlus sebagai pengeluar telefon pintar flagship killer yang pertama.

Berdasarkan gambar jemputan yang dimuat naik di akaun Twitter Nothing, syarikat ini mungkin tidak melancarkan telefon pintar mereka pada pelancaran ini dan mungkin terdapat produk lain yang akan dilancarkan (bentuk C merujuk kepada Jam Pintar?).

Selain itu, laman pendaftaran minat bagi produk ini juga mempunyai logo Snapdragon yang mungkin bermaksud produk Nothing ini akan menggunakan cipset daripada Qualcomm namun kami masih tidak yakin ianya merujuk kepada telefon pintar.

Apa pun segala persoalan mengenai produk terbaru Nothing akan terjawab pada 23 Mac ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.