Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony dan Honda berkerjasama untuk bangunkan kereta elektrik

Sony dan Honda berkerjasama untuk bangunkan kereta elektrik 1

Sony dan Honda berkerjasama untuk bangunkan kereta elektrik 2

Dua syarikat gergasi Jepun iaitu Sony dan Honda telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menubuhkan syarikat yang akan mengeluarkan kereta elektrik.

Syarikat baharu ini akan ditubuhkan pada tahun 2022 dan jika semua berjalan lancar seperti dirancang, kereta elektrik pertama hasil kerjasama ini akan dilancarkan pada tahun 2025.

Sony akan menyediakan platform perkhidmatan mobiliti manakala Honda akan menyediakan kemudahan pembuatan dan pengeluaran kereta elektrik ini.

Usaha sama antara Sony dan Honda juga menyaksikan mereka akan berkerjasama dalam perancangan, pembangunan, reka bentuk dan penjualan EV.

Pada sidang CES 2022, Sony juga telah mempamerkan kereta elektrik konsep mereka iaitu Vision S-02.

Sumber: ArenaEV

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.