Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 SE akan dilancarkan di Malaysia 11 Mac ini


HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar nova 9 SE akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mac ini.

HUAWEI nova 9 SE dilihat memfokuskan kepada dua ciri utama pada telefon pintar ini iaitu Super Display dan Super Charge.

HUAWEI nova 9 SE hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView berukuran 6.78-inci yang memiliki bezel senipis 1.05mm pada kedua-dua sisi dengan ketebalan hanya 7.94mm.

Selain itu, HUAWEI nova 9 juga memiliki reka bentuk panel belakang 3D Glass yang menyempurnakan penampilan premium telefon pintar ini.

Satu lagi ciri HUAWEI nova 9 SE yang disahkan adalah bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan 66W HUAWEI SuperCharge yang mampu memberikan 60% pengecasan didalam masa 15 minit sahaja atau pengecasan penuh dalam 40 minit.

Selain itu, HUAWEI nova 9 SE juga memiliki cip 6nm Qualcomm Snapdragon, teknologi penyejukan Graphene Heat Dissipation dan fungsi sebagai SuperDevice.


Mulai sekarang hingga 18 Mac, anda boleh menempah slot tawaran awal untuk memiliki HUAWEI nova 9 SE apabila pra-tempahan dibuka kelak.

Berikut adalah cara untuk menempah slot tawaran awal :

  1. bayar deposit RM20 untuk satu (1) unit HUAWEI nova 9 SE baharu di Laman Web Rasmi HUAWEI https://consumer.huawei.com/my/ dalam tempoh 4 Mac 2022, 12:00 PG hingga 11 Mac 2022 , 3:59 PTG
  2. Lengkapkan baki pembayaran untuk telefon ini antara 11 Mac 2022, 4:00 PM hingga 18 Mac 2022, 11:59 PM

Dengan menempah slot ini, anda juga berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa baucar HUAWEI bernilai sehingga RM 3,442.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.