Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 5G dan realme 9 SE 5G akan dilancarkan pada 10 Mac ini

realme 9 5G dan realme 9 SE 5G akan dilancarkan pada 10 Mac ini 7
Selepas pelancaran realme 9 Pro Series baru-baru ini, realme kini akan melengkapkan keluarga realme 9 dengan pelancaran realme 9 5G Series iaitu realme 9 5G dan realme 9 5G SE.

realme 9 5G dan realme 9 SE 5G akan dilancarkan pada 10 Mac ini 8

realme 9 juga telah disahkan akan hadir dengan reka bentuk Ripple Holographic yang pertama kali digunakan pada telefon pintar dan ianya akan turut dilengkapi tetapan tri-kamera 48MP.

realme 9 5G dan realme 9 SE 5G akan dilancarkan pada 10 Mac ini 9

Selain itu, realme juga telah mengesahkan salah satu daripada model ini akan hadir dengan cip Snapdragon 778 5G.

Selain itu, salah satu daripada realme 9 5G Series ini juga akan hadir dengan skrin paparan yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan berdasarkan gambar yang dimuat naik juga boleh disahkan ianya akan memiliki sensor capjari pada butang kuasa yang bermaksud kedua-dua telefon pintar ini akan hadir dengan panel LCD.

realme 9 5G Series akan dilancarkan untuk pasaran India pada 10 Mac manakala pelancaran global dijangka menyusul selepas itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.