Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC akan melancarkan telefon pintar flagship Android pada April ini


HTC, nama yang telah tersisih didalam pasaran telefon pintar global dikatakan akan melancarkan sebuah model telefon pintar flagship Android seawal bulan hadapan.

Berita ini dilaporkan oleh DigiTimes yang mendakwa telah menerima pengesahan daripada Pengurus Besar HTC Vive Asia-Pacific iaitu Charles Huang ketika sidang HTC di MWC 2022 baru-baru ini.

Telefon pintar flagship HTC ini dilihat akan memfokuskan kepada integrasi AR dan VR dengan memfokuskan kepada integrasi yang mendalam bersama platform metaverse HTC yang dikenali sebagai Viveverse.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat spesifikasi telefon pintar HTC ini diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.