Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

RAM 14-nanometer LPDDR5X Samsung kini boleh diguna bersama cip keluaran Qualcomm


Samsung Electronics telah mengumumkan bahawa pengeluar cip peranti mudah alih iaitu Qualcomm Technologies telah mengesahkan bahawa RAM 14-nanometer LPDDR5X yang berasaskan 16-gigabit(Gb) keluaran Samsung kini boleh digunakan bersama cipset Snapdragon.

Sejak membangunkan RAM LPDDR5X 14nm yang pertama di industri, Samsung telah berkerjasama dengan Qualcomm Technologies untuk menyesuaikan RAM berkelajuan 7.5 gigabit-se-saat (Gbps).

RAM LPDRR5 keluaran Samsung ini adalah 1.2 kali ganda lebih pantas berbanding RAM LPDDR5 yang digunakan pada telefon pintar remkum dipasaran dan penggunaan RAM Samsung LPDDR5X dijangka akan meningkatkan prestasi peranti merakam video UHD dan pelbagai ciri AI seperti pengecaman wajah, pengecaman wajah dan banyak lagi.

Selain itu, penggunaan teknologi dynamic voltage and frequency scaling (DVFS) membolehkan LPDDR5X keluaran Samsung ini lebih cekap tenaga iaitu sekitar 20% lebih baik.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.