Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Global Xiaomi 12 Series mungkin berlangsung pada 15 Mac ini


Tahun ini, Xiaomi tidak membuat penampilan di Mobile World Congress yang sedang berlangsung namun anak syarikatnya iaitu Poco telah melancarkan Poco X4 Pro 5G dan Poco M4 Pro 4G.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru mendedahkan bahawa Xiaomi akan mengadakan pelancaran global telefon pintar flagship mereka iaitu Xiaomi 12 Series bulan ini.

Majlis pelancaran Xiaomi 12 Series dijangka akan diadakan secara atas talian pada 15 Mac ini dan ini mungkin memberikan kita maklumat penawaran telefon pintar flagship syarikat ini di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

Bagi pelancaran di China, Xiaomi 12 hadir didalam tiga model iaitu Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12X namun tidak dapat dipastikan samada terdapat penambahan model (Xiaomi 12 mini atau Xiaomi 12 Ultra) atau sebaliknya.

Selain itu, Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 manakala Xiaomi 12X akan hadir dengan cip Snapdragon 870.

Ketahui spesifikasi Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro dengan lebih lanjut di SINI

Baca mengenai Xiaomi 12X di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.