Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung umum tempahan Galaxy S22 Series adalah 2 kali ganda lebih dari Galaxy S21 Series – 60% unit yang terjual adalah S22 Ultra

Samsung umum tempahan Galaxy S22 Series adalah 2 kali ganda lebih dari Galaxy S21 Series - 60% unit yang terjual adalah S22 Ultra 3
Samsung Galaxy S22 Series dan Galaxy Tab S8 Series yang dilancarkan awal bulan lalu kini telah mula ditawarkan secara rasmi di pasaran seluruh dunia selepas tempoh pra-tempahan yang telah menerima sambutan luar biasa jauh lebih baik berbanding telefon pintar dan tablet Samsung yang dilancarkan sebelum ini.

 Samsung telah mengesahkan tempahan Galaxy S22 Series pada adalah dua kali ganda berbanding Galaxy S21 Series dan menariknya 60% daripada unit yang terjual adalah Galaxy S22 Ultra.

Dalam pada itu, pra-tempahan Samsung Galaxy Tab S8 Series juga dua kali ganda lebih baik berbanding Galaxy Tab S7 Series dan 50% daripada jualan adalah Galaxy Tab S8 Ultra yang merupakan tablet Ultra pertama daripada Samsung.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan pengambilan peranti Galaxy S22 Series dan Galaxy Tab S8 Series akan bermula mulai 3 Mac ini mengikut tempoh pra-tempahan berikut :

Tempoh Promosi A (10 Februari – 17 Februari)

  • Bermula jam 10 pagi 3 Mac 2021 sehingga 23 Mac 2022 jam 10 malam.

Tempoh Promosi B (18 Februari- 3 Mac 2022)

  • Bermula jam 10 pagi 28 Mac 2021 sehingga 30 April 2022 jam 10 malam.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.