Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook X Pro 2022 dan Matebook E dilancarkan secara rasmi di MWC 2022


HUAWEI secara rasminya telah melancarkan 2 komputer riba Windows 11 di Mobile World Congress yang sedang berlangsung di Barcelona iaitu MateBook X Pro 2022 dan Matebook E.

HUAWEI MateBook X Pro 2022

Huawei MateBook X Pro 2022 hadir dengan skrin paparan sesentuh IPS LCD berukuran 14.2-inci dengan resolusi 3120 x 2080 piksel dan kadar segar semula 90Hz.

Huawei MateBook X Pro 2022 memiliki profil reka bentuk yang sangat nipis iaitu 15.5mm pada bahagian paling tebal dengan berat 1.38kg.

Huawei MateBook X Pro 2022 hadir dengan cip pemprosesan Intel Rocket Lake Generasi ke-11 dengan GPU Iris Xe, 16GB RAM LPDDRx4 dan sehingga 1TB memori M2 SSD serta penyejukan dual shark fin.

Huawei MateBook X Pro 2022 juga memiliki 6 speaker dan pengecasan 90W GaN USB-C.

Komputer riba ini akan ditawarkan pada harga €1,899 (RM 8,986)


HUAWEI Matebook E

HUAWEI Matebook E adalah tablet Windows 11 kompak 2-dalam-1 yang juga disertakan dengan keyboard case untuk pengalaman sepertk komputer riba.

HUAWEI Matebook E hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 12.6-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dan terdapat kamera hadapan 8MP untuk panggilan video dan kamera belakang 13MP.

HUAWEI Matebook E menampilkan reka bentuk rangka magnesium aloi dan panel belakang gelas yang memberikan ianya ketebalan 7.9mm dan berat 709gram.

HUAWEI Matebook E ditawarkan didalam dua jenis cipset iaitu Intel Gen-11 Core i5 dan Core i7 bersama grafik Iris XE, 8/16GB LPDDR4x RAM dan storan dalaman 256/512GB PCIe NVMe SSD. Hanya satu port USB-C  yang menyokong Thunderbolt 4 dan headphone jack.

HUAWEI juga Matebook E disertakan dengan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1, quad speaker, bateri 42 Wh dengan pengecasan pantas 65W dan sokongan M-Pencil generasi kedua.

HUAWEI Matebook E akan ditawarkan pada harga seperti berikut :

Huawei Matebook E Intel i3 – 8/128GB – €649

Huawei Matebook E Intel i5 – 8/256GB – €999

Huawei Matebook E Intel i5 + Smart Magnetic Keyboard – 16/512GB – €1,199 (RM 5,641)

Huawei Matebook E Intel i7 + Smart Magnetic Keyboard – 16/512GB – €1,399 (RM 6,582)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.