HUAWEI perkenal konsep Super Device untuk Smart Office
HUAWEI hari ini telah mengumumkan konsep Super Device for Smart Office , penyelesaian baharu yang meningkatkan ketersambungan dan kerjasama merentas peranti dalam kalangan peranti HUAWEI . Ciri Super Device ini hadir sejajar dengan dorongan HUAWEI ke arah Seamless AI Life , yang meliputi lima senario utama – Kesihatan dan Kecergasan, Perjalanan Mudah, Pejabat Pintar, Hiburan dan Rumah Pintar.
HUAWEI Seamless AI Life – HUAWEI membawa visi Penciptaan Tanpa Had dan Komunikasi Lancar ke eksositem Pejabat Pintar, bertujuan untuk membolehkan pengalaman kehidupan kerja yang cekap secara digital dengan mensinergikan dua teras keupayaan
HUAWEI: Kerjasama Merentas Peranti dan Integrasi Ekosistem. Kerjasama merentas peranti membolehkan pengguna menyambungkan berbilang peranti bersama-sama ke dalam satu ekosistem, manakala penyepaduan ekosistem merapatkan jurang antara platform Windows dan mudah alih, merangsang kreativiti dan meningkatkan kecekapan komunikasi.
HUAWEI Smart Office : Peranti Hebat, Kreativiti Hebat
Memandangkan pengguna memiliki banyak peranti pintar, pengguna sering mendapati diri mereka menyesuaikan diri dengan dua ekosistem yang berbeza dan berpecah-belah: komputer riba untuk bekerja dan telefon pintar untuk hiburan.
Dengan tiada satu peranti yang menyokong sepenuhnya semua keperluan harian pengguna, keupayaan peranti untuk memanfaatkan kelebihan satu sama lain dan mencipta satu pengalaman sepadu menjadi lebih penting dengan peningkatan permintaan untuk mengekalkan produktiviti semasa pengguna bergerak.
Kerjasama Merentas Peranti menjadikan sambungan antara peranti lebih lancar dan bebas.
HUAWEI telah berada di hadapan teknologi berinovasi yang menghubungkan peranti dengan memperkenalkan ciri OneHop pada 2018, yang memindahkan fail telefon pintar ke PC dengan hanya satu sentuhan.
Pada tahun 2020, HUAWEI telah memperkenalkan Multi-Screen Collaboration yang membolehkan kerjasama berbilang skrin antara dua peranti seperti komputer riba & tablet, komputer riba & telefon pintar dan tablet & telefon pintar.
Ini membawa fungsi baharu seperti pemindahan fail antara dua peranti melalui fungsi Drag & Drop, serta keupayaan untuk terus membuka pada telefon pintar di komputer riba. Hari ini, HUAWEI bersedia untuk menghapuskan halangan antara peranti dengan membawa ciri Super Device, yang pertama kali dilancarkan pada 2021 dan ini membolehkan semua peranti yang tersambung berfungsi sebagai satu.
Integrasi Ekosistem ialah satu lagi keupayaan teras Smart Office. Dengan aplikasi mudah alih yang cemerlang dalam keperluan penggunaan kandungan, HUAWEI Mobile App Engine membawa akses produktiviti dan aplikasi hiburan popular AppGallery ke komputer riba HUAWEI.
Super Device: Bersatu Sebagai Satu
Kini, Super Device kini tersedia pada komputer riba HUAWEI melalui antaramuka drag-to-connect Super Device di Control Centre komputer riba yang membolehkan akses pantas kepada imej dan fail pada telefon pintar anda, serta sambungan skrin pintar yang pantas dan mudah untuk pembentangan. Ini membolehkan aliran kerja yang tertumpu dan cekap untuk pengguna memproses tugasan dengan mudah merentasi peranti.
Selain itu, ciri Pop-Up Pairing pada komputer riba HUAWEI juga menawarkan sambunga pantas dan mudah ke fon telinga HUAWEI, pembesar suara, tetikus dan papan kekunci Bluetooth, serta mesin pencetak, meningkatkan pengalaman pejabat pintar secara holistik.
Berikut adalah beberapa senario Super Device
Bekerjasama dengan telefon pintar HUAWEI: Super Multi-tasking
- telefon pintar berfungsi sebagai external drive pada komputer
- Antarmuka telefon pintar juga dipaparkan pada komputer
- Multi-Screen Collaboration membolehkan sehingga 3 aplikasi telefon pintar dibuka pada komputer riba untuk multitasking
- Pindah dan simpan fail pada telefon pintar di komputer riba
Bekerjasama dengan HUAWEI MatePad: Super Co-creation
- tablet berfungsi sebagai external drive pada komputer
- Super Drvice antara komputer riba & tablet menyokong tiga mod sambungan, setiap satu memenuhi keperluan penggunaan yang berbeza iaitu Mirror Mode, Extend Mode dan Collaborate Mode.
Bekerjasama dengan HUAWEI MateView: Super Productivity
- fleksibiliti menyambungkan komputer riba HUAWEI ke monitor HUAWEI MateView
- HUAWEI MateView menyokong resolusi 4K+ dan gamut warna P3, membolehkan pengguna melihat karya kreatif mereka dengan perincian dan ketepatan terbaik di industri
Bekerjasama dengan HUAWEI Vision: Super Presentation
- Super Device membolehkan pengguna menikmati dua mod penggunaan iaitu mod Mirror dan mod Extend
Sokongan fungsi Super Device juga akan diperluaskan kepada model komputer riba HUAWEI yang dilancarkan sebelum ini, pengguna hanya perlu menaik taraf HUAWEI PC Manager kepada versi terkininya. Dalam masa terdekat, Huawei juga merancang untuk terus menambah sokongan untuk ini kepada lebih banyak peranti, supaya ia boleh terus meningkatkan pengalaman pengguna, sama ada di tempat kerja atau bermain.
maklumat lanjut mengenai HUAWEI Super Device for Smart Office dan pakej yang ditawarkan sila layari : HUAWEI Malaysia