Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Paper kini rasmi – tablet E Ink pertama syarikat ini

HUAWEI MatePad Paper kini rasmi - tablet E Ink pertama syarikat ini 7
HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan tablet E Ink pertama syarikat ini iaitu HUAWEI MatePad Paper di Mobile World Congress yang sedang berlangsung di Barcelona.

HUAWEI MatePad Paper direka untuk bacaan dan membuat catatan nota yang mana ianya menjadi pencabar tablet Amazon Kindel.

HUAWEI MatePad Paper kini rasmi - tablet E Ink pertama syarikat ini 8

Ianya hadir dengan paparan E Ink  berukuran 10.3-inci dengan teknologi smart refresh dan iNya juga membawakan sokongan HUAWEI M-Pencil dan Smart Keyboard cover.

Berbanding tablet E Ink lain dipasaran, HUAWEI MatePad Paper juga mempunyai paparan yang lebih besar dan teknologi smart refresh membolehkan ianya memainkan video, melayari laman web dan navigasi antarmuka dengan lebih pantas berbanding paparan E Ink lain.

HUAWEI MatePad Paper kini rasmi - tablet E Ink pertama syarikat ini 9

HUAWEI MatePad Paper hadir dengan HarmonyOS 2.0 khas, 4GB RAM , 64GB storan dalaman, Wi-Fi 6+ dan sensor capjari pada butang kuasa dengan jangka hayat bateri sehingga 4 minggu dalam keadaan standby.

HUAWEI MatwPad Paper akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Khaki, Blue dan Black pada harga €499(RM 2,361).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.