Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Pad kini rasmi dengan Snapdragon 870 dan skrin 120Hz

Oppo Pad kini rasmi dengan Snapdragon 870 dan skrin 120Hz 11
Selain Oppo Find X5 Series, Oppo juga telah memperkenalkan tablet pertama syarikat ini iaitu Oppo Pad.

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad

Oppo Pad tampil dengan reka bentuk yang premium iaitu kombinasi rangka keluli dan panel belakang yang memberikan ianya ketebalan 6.9mm dan berat 507gram.

Oppo Pad kini rasmi dengan Snapdragon 870 dan skrin 120Hz 12

Oppo Pad hadir dengan skrin paparan LTPS LCD berukuran 11.0-inci dengan resolusi FHD+ dan lebih penting sokongan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini juga menyokong kandungan HDR10 dan terdapat kamera selfie 8MP pada bahagian bezel.

Oppo Pad kini rasmi dengan Snapdragon 870 dan skrin 120Hz 13

Pada bahagian belakang, Oppo Pad tampil dengan kemasan dwi-tona dengan penjenamaan Oppo berhampiran kamera 13MP dan terdapat quad speaker yang menawarkan sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res audio.

Oppo Pad kini rasmi dengan Snapdragon 870 dan skrin 120Hz 14

Oppo Pad dikuasakan dengan cip Snapdragon 870 berserta 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ianya juga hadir dengan antaramuka ColorOS for Pad yang berasaskan Android 12 dan sokongan Multi-Screen Connect.

Beralih kepada bateri, Oppo Pad dilengkapi bateri berkapasiti 8,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Oppo Pad kini rasmi dengan Snapdragon 870 dan skrin 120Hz 15

Selain itu, Oppo Pad juga disertakan dengan sokongan stylus Oppo Pencil yang menyokong 4096 tahap tekanan dan boleh dilekapkan pada tablet secara magnetik berserta pengecasan. Oppo Pencil ditawarkan pada harga CNY 499 manakala keyboard case ditawarkan pada harga CNY 399.

Oppo Pad ditawarkan didalam warna hitam, ungu dam Artist Edition pada harga CNY 2,299(RM 1,527) bagi versi 6/128GB dan CNY 2,999 (RM 1,992) bagi versi 8/256GB.

Jualan di China akan bermula pada 3 Mac namun tiada sebarang maklumat mengenai jualan antarabangsa buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.