Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 888 – kamera sama seperti Find X5 Pro

Oppo Find X5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 888 - kamera sama seperti Find X5 Pro 5
Selain Oppo Find X5 Pro, Oppo juga telah melancarkan Oppo Find X5 yang ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan dengan cip Snapdragon 888.

Oppo Find X5

Oppo Find X5 Phadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.55-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Oppo Find X5  hadir dengan cip Snapdragon 888 , 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya menawarkan antaramuka ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12 dengan pelbagai ciri baharu termasuk Multi-Screen Connect.

Oppo Find X5 juga memiliki dua sensor utama 50MP iaitu Sony IMX766 yang sama seperti Oppo Find X5 Pro dan NPU MariSilicon X juga disertakan. Oppo Find X5 juga memiliki sensor ultrawide 13MP namun ianya hanya tampil dengan pengstabilan OIS dan bukanya Pengstabilan optik 5 paksi seperti pada Find X5 Pro.

Baca tentang lebih lanjut tentang teknologi kamera Oppo Find X5 Series di Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad

Oppo Find X5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 888 - kamera sama seperti Find X5 Pro 6

Beralih kepada bateri, Oppo Find X5 memiliki bateri 5,000mAh dan ianya menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan pengecasan tanpa wayar 30W AirVOOC.

Bateri ini juga dilengkapi Battery Health Engine yang meningkatkan jangka hayat bateri dimana ianya mampu mengekalkan kapasiti 100% sehingga 1,600 kitaran pengecasan sebelum jatuh ke tahap 80% kapasiti. Ini adalah 2 kali ganda lebih lama berbanding bateri pad telefon pintar lain.

Oppo Find X5 akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Putih dan Hitam pada harga  €999 (RM 4,721) untuk pasaran Eropah.

Oppo Find X5  dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.