Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hisense Infinity H60 5G diumumkan – skrin curved AMOLED dengan cip Dimensity 810


Jenama produk elektronik yang sedang meningkat naik iaitu Hisense telah memperkenalkan sebuah telefon pintar 5G yang dikenali sebagai Hisense Infinity H60 5G.


Hisense Infinity H60 5G merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi yang baik dimana ianya dilengkapi skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ yang juga dilengkapi sensor capjari dalam skrin dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 serta panel belakang kulit vegan.

Hisense Infinity H60 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 810, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.


Pada bahagian kamera, Hisense Infinity H60 5G memiliki sensor utama 64MP yang mampu mengambil gambar pada resolusi 108MP. Sensor 64MP ini juga disertakan dengan satu sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP yang disertakan dengan sensor depth.


Selain itu, Hisense Infinity H60 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Hisense InfinityH60 5G akan ditawarkan didalam satu warna iaitu biru namun buat masa ini maklumat harga dan penjualan masih belum diumumkan.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.