Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Series 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM1,999


Oppo
secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno7 Series 5G di Malaysia yang merupakan generasi baharu didalam Oppo Reno Series.

Oppo Reno7 Series 5G terdiri dua model iaitu Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro berbeza dari pelbagai aspek termasuk reka bentuk dan spesifikasi.

Oppo Reno7 Pro 5G

Oppo Reno7 Pro 5G tampil dengan reka bentuk sisi flat yang premium dan ianya juga disertakan dengan Orbit Breathing Light pada sekeliling modul kamera.

Terus kepada spesifikasi, Oppo Reno7 Pro 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Beralih kepada pemproses, Oppo Reno7 Pro 5G hadir dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 1200-Max, 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Oppo Reno7 Pro 5G juga hadir sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 8MP, sensor 2MP dan sensor suhu warna. Telefon pintar ini juga hadir dengan kamera selfie 32MP Sony IMX709 yang pertama kali digunakan.

Beralih kepada bateri, Oppo Reno7 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SUPERVOOC.

Selain itu, Oppo Reno7 Pro juga hadir dengan antaramuka ColorOS 12, sensor capjari dalam skrin, X-Axis Linear Motor dan mempunyai berat sekitar 180gram.

Oppo Reno7 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Startrails Blue dan Starlight Blue pada harga RM 2,999


Oppo Reno7 5G

Oppo Reno7 5G adalah model yang lebih berpatutan namun telefon pintar ini masih menawarkan teknologi kamera yang baik.

Oppo Reno7 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Oppo Reno7 5G hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 900, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Ke bahagian kamera, Oppo Reno7 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Oppo Reno7 5G juga memiliki bateri yang sama seperti Oppo Reno7 Pro 5G iaitu 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W SUPERVOOC yang mampu memenuhi bateri ini didalam masa 31 minit sahaja.

Oppo Reno7 5G juga memiliki sistem penyejukan Multi-Cooling, antaramuka ColorOS 12, sensor capjari dalam skrin dan reka bentuk Oppo Glow.

Oppo Reno7 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Startrails Blue dan Starry Black pada harga RM 1,999

Pra-tempahan

Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro 5G akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 22 Februari sehingga 4 Mac 2022 dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,406.

Antara hadiah percuma yang akan diterima adalah seperti berikut :

  • OPPO Enco Buds bernilai RM159
  • Beg Reno7 Tote Bag bernilai RM109
  • OPPO Care 1-tahun Perlindungan Skrin bernilai RM139


Selain itu, ahli My OPPO App juga akan menerima hadiah percuma eksklusif seperti tiket masuk ke Genting SkyWorlds Theme Park, tiket penerbangan Malaysia Airlines dan banyak lagi yang bernilai RM 999.

Tambahan lagi, Oppo juga menawarkan diskaun 50% bagi pembelian OPPO Watch Free dan OPPO Enco Air2 dengan pembelian Oppo Reno7 Series (PWP) di Oppo Brand Store.

Akhir sekali, Oppo juga akan mengadakan roadshow jualan pertama pada 28 Februari hingga 6 Mac di Sunway Pyramid dan 10 lokasi lain di seluruh negara. 100 pelanggan pertama yang mengambil peranti Oppo Reno7 Series yang ditempah pada 5 dan 6 Mac akan menerima Oppo Watch Free bernilai RM 449 secara percuma. (Tawaran ini juga terpakai bagi 30 pelanggan pertama di roadshow Oppo Reno7 Series yang lain).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.