Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10 Pro kini ditawarkan dalam warna Panda White – pelancaran global masih belum diketahui

OnePlus 10 Pro kini ditawarkan dalam warna Panda White - pelancaran global masih belum diketahui 1

OnePlus 10 Pro kini ditawarkan dalam warna Panda White - pelancaran global masih belum diketahui 2
OnePlus 10 Pro telah dilancarkan di China baru-baru ini dan telefon pintar flaghsip OnePlus ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black.

Walaubagaimanapun, OnePlus telah mengumumkan penawaran satu lagi warna bagi OnePlus 10 Pro iaitu Panda White yang akan ditawarkan di China mulai 1 Mac 2022.

OnePlus 10 Pro kini ditawarkan dalam warna Panda White - pelancaran global masih belum diketahui 3
Selain itu, OnePlus 10 Pro edisi Panda White ini akan ditawarkan didalam varian 12GB RAM dan 512GB yang merupakan satu-satunya warna ditawarkan dengan storan 512GB.

Lain-lain spesifikasi OnePlus 10 Pro adalah sama iaitu skrin paparan 2K+ AMOLED LTPO 2.0, pemproses Snapdragon 8 Gen 1, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

OnePlus 10 Pro juga tampil dengan kombinasi kamera yang sangat mengagumkan dimana ianya memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 150° 50MP dan sensor telefoto 8MP 3.3x zoom. Kamera ini juga dilengkapi Hasselblad Natural Color Optimization 2.0 untuk warna yang lebih semulajadi. Kamera selfie adalah unit 32MP.

OnePlus 10 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, Skrin LTPO 2.0 2K+ dan Pengecasan pantas 80W

Buat masa ini masih belum ada maklumat bila OnePlus 10 Pro akan memasuki pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.