HUAWEI sertai MWC 2022 – pelancaran produk pada 27 Februari
HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan menyertai Mobile World Congress 2022 yang akan berlangsung di Barcelona.
HUAWEI akan mengadakan majlis pelancaran produk khas pada 27 Februari ini dan ianya akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan produk baharu HUAWEI terutamanya yang berkaitan dengan HUAWEI Smart Office Scenario.
Majlis pelancaran ini mempunyai slogan Reconnect, Reimagine, And Reinvent With HUAWEI. Sidang MWC tahun ini akan menyaksikan penyertaan lebih 1,500 syarikat teknologi dan akan menerima penghujung dari 165 negara.
Majlis pelancaran rasmi HUAWEI MWC ini boleh disaksikan secara langsung pada 27 Februari bermula jam 9.30 malam di Facebook: https://www.facebook.com/HuaweimobileM atau YouTube: https://www.youtube.com/c/HuaweiMobileMY