Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro Series akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac – harga bawah RM 1,000 bagi realme 9 Pro+


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 9 Pro Series akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 2 Mac ini.

realme 9 Pro Series terdiri daripada dua model iaitu realme 9 Pro dan realme Pro+ namun realme Malaysia dilihat akan mula menawarkan realme 9 Pro+ terlebih dahulu.

Selain itu, realme Malaysia juga telah mendedahkan bahawa realme 9 Pro+ ini akan ditawarkan pada harga sekitar RM 1,000 sahaja.

realme 9 Pro+ merupakan model tumpuan dan ianya merupakan model Pro+ pertama bagi realme Number Series yang telah berjaya mencapai jualan melebihi 40 juta unit.

realme 9 Pro+ tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga sensor capjari dibawah skrin yang juga boleh digunakan sebagai pembaca kadar degupan jantung.

Beralih kepada cipset, realme 9 Pro+ hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920 yang menyokong 5G dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM berserta storan dalaman 128GB atau 256GB.

Ke bahagian kamera pula, realme 9 Pro+ hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 yang turut digunakan pada realme GT 2 Pro dan sensor utama dipadankan dengan satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 9 Pro+ juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W SuperDart untuk mencapai pengecasan penuh didalam masa 45 minit.

realme 9 Pro+ dijangka akan hadir didalam tiga warna iaitu Aurora Green, Midnight Black dan Sunrise Blue.

Bercakap mengenai Sunrise Blue ianya hadir dengan lapisan fotokromik yang berubah daripada biru kepada warna merah jambu dalam masa beberapa saat apabila terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV. Akan kembali ke warna asal didalam masa 5 minit.

Majlis pelancaran realme 9 Pro Series akan berlangsung pada 2 Mac ini bermula jam 2 petang dan iany boleh disaksikan secara langsung di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.