Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ kini rasmi dengan MediaTek 920 5G, sensor utama 50MP dan pengecasan 60W – realme 9 Pro juga dilancarkan


realme secara rasminya telah melancarkan realme 9 Pro Series iaitu realme 9 Pro+ dan realme 9 Pro.

realme 9 Pro+

realme 9 Pro+ adalah model tumpuan dan ianya merupakan model Pro+ pertama bagi realme Number Series yang telah berjaya mencapai jualan melebihi 40 juta unit.

realme 9 Pro+ tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga sensor capjari dibawah skrin yang juga boleh digunakan sebagai pembaca kadar degupan jantung.

Beralih kepada cipset, realme 9 Pro+ hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920 yang menyokong 5G dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM berserta storan dalaman 128GB atau 256GB.

Ke bahagian kamera pula, realme 9 Pro+ hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 yang turut digunakan pada realme GT 2 Pro dan sensor utama dipadankan dengan satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 9 Pro+ juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W SuperDart untuk mencapai pengecasan penuh didalam masa 45 minit.

realme 9 Pro+ hadir didalam tiga warna iaitu Aurora Green, Midnight Black dan Sunrise Blue. Bercakap mengenai Sunrise Blue ianya hadir dengan lapisan fotokromik yang berubah daripada biru kepada warna merah jambu dalam masa beberapa saat apabila terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV. Akan kembali ke warna asal didalam masa 5 minit.

Berikut adalah harga realme 9 Pro+ di India :

realme 9 Pro+ 6/128GB – INR 24,999 (RM 1,398)

realme 9 Pro+ 8/128GB – INR 26,999 (RM 1,500)

realme 9 Pro+ 8/246GB – INR 28,999 (RM 1,611)

realme 9 Pro

realme 9 Pro adalah sebuah model yang lebih berpatutan namun terdapat beberapa spesifikasi telefon pintar ini yang lebih baik dari realme 9 Pro+.

realme 9 Pro hadir dengan skrin paparan yang menyokong kadar segar semula 120Hz namun ianya adalah panel LCD berukuran 6.6-inci. Sensor capjari adalah pada bahagian sisi.

realme 9 Pro hadir dengan cip Snapdragon 695 dengan sokongan 5G, 6 atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Pada bahagian kamera, realme 9 Pro tampil dengan sensor utama 64MP, satu sensor ultrawide 8MP dan satu sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 9 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantas hanya 33W.

realme 9 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Blue, Green, dan Black.

Berikut adalah harga realme 9 Pro :

realme 9 Pro 6/128GB – INR 17,999 (RM 1,000)

realme 9 Pro 8/128GB – INR 20,999 (RM 1,167)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.