Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sehari dalam Kehidupan Pelajar dan Profesional Muda dengan Samsung Galaxy S21 FE 5G


Bolehkah peranti yang hebat dipertingkatkan lagi?

Dengan matlamat untuk memberikan teknologi bertaraf dunia untuk menjadikan kehidupan orang ramai lebih baik, Samsung kini membawakan keupayaan premium siri Galaxy S21 kepada lebih ramai orang dengan pelancaran model terkini kepada keluarga flagship ini iaitu Samsung Galaxy S21 FE 5G.

Telefon pintar yang serba lengkap ini memperkasakan pelajar dan profesional muda yang bekerja untuk memanfaatkan sepenuhnya waktu sekolah, bekerja dan bermain, sepanjang hari dan setiap hari.

Teruskan membaca untuk mengetahui cara Galaxy S21 FE 5G menjadi teman harian yang ideal dengan prestasi berkuasa, kamera gred-pro dan reka bentuk ikonik yang menarik perhatian.

8:00 Pagi : Bersiap sedia untuk memulakan cabaran harian yang datang

Setiap hari adalah permulaan yang baru. Sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja anda, sekolah atau hanya melakukan tugasan untuk hari itu dari rumah, anda layak untuk memulakan hari dengan betul.

Sebagai contoh, jika anda ingin menikmati hiburan pantas semasa menikmati kopi pagi anda, dengan prestasi yang boleh dipercayai pada Galaxy S21 FE 5G, anda boleh bermain, menstrim dan melari semua aplikasi kegemaran anda dan berhubung bersama rakan serta keluarga semasa dalam perjalanan.

Sebahagian daripada keluarga Galaxy, peranti ini menawarkan sambungan yang lancar merentasi ekosistem Galaxy. Semasa perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, sambungkan Samsung Galaxy S21 FE 5G dengan Galaxy Buds2 anda yang boleh dipercayai untuk mendengar bass lagu kegemaran anda yang membuatkan anda bersemangat dengan cara yang sama kafein membuatkan segar di waktu pagi, atau bahkan untuk dos TikTok harian anda.

9:00 Pagi : Produktiviti ialah nama permainan

Apabila pelajar dan profesional muda mula menyelesaikan tugas harian, sama ada kuliah Zoom atau pertemuan bersemuka, memastikan hari itu produktif mungkin menjadi tumpuan utama.

Gunakan Samsung Galaxy S21 FE 5G untuk menjalankan aplikasi produktiviti yang anda gunakan setiap hari secara serentak, seperti Evernote, Forest, Zoom dan, sudah tentu, e-mel anda.

Pemproses Octa-Core 5nm 64-bit sepantas kilat memastikan semua aplikasi anda berjalan dengan lancar, supaya anda boleh fokus untuk menyelesaikan sesuatu

12:00 Tengahari : Ikuti perkara yang anda terlepas di media sosial

Walaupun masa makan tengah hari adalah untuk menghilangkan rasa lapar itu, ia juga merupakan waktu rehat dari kerja seharian, dan peluang untuk anda beriadah sebentar semula sebelum kembali berkerja.

Jika anda berada di kampus dengan rakan-rakan, anda mungkin bermain-main dengan idea untuk menggabungkan mereka untuk merakam video anda sendiri di TikTok. Kamera gred pro pada Galaxy S21 FE 5G mampu melakukan semua tugas berat, membolehkan anda menangkap dan mengedit reel dengan mudah untuk dikongsi di saluran media sosial anda.

Atau jika anda meraikan hari lahir rakan sekerja semasa makan tengah hari, kumpulkan rakan sekerja anda dan ambil swafoto dengan kamera hadapan 32MP Galaxy S21 FE 5G yang mempunyai teknologi AI Face Restoration yang membantu semua orang kelihatan terbaik. Tidak hairanlah bahawa kamera inovatif adalah ciri paling digemari peminat pada Galaxy S21 Series.

Walaupun anda dikenal pasti sebagai pengguna kandungan di media sosial dan bukannya pencipta, Galaxy S21 FE 5G memberikan pengalaman tontonan yang sangat lancar dan pantas dengan kadar segar semula 120Hz dan paparan 6.4-inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X, jadi anda tidak terlepas satu saat pun aksi itu.

5:00 Petang: Rehat dari kerja atau sekolah

Apabila matahari hampir terbenam dan anda akan menamatkan hari itu, kemungkinan besar Galaxy S21 FE 5G anda masih diperkaya dengan baterinya yang tahan lama sepanjang hari. Jika anda memerlukan pengecasan kilat sebelum keluar makan selepas waktu kerja dengan rakan sekerja anda, pengecasan pantas 25W yang dimiliki Galaxy S21 FE 5G membolehkan anda mengecas bateri telefon melebihi daripada 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Ini bermakna anda boleh terus menikmati semua yang anda inginkan sepuas hati anda pafa Galaxy S21 FE 5G selepas makan malam, dan jika anda lebih kepada pemain mudah alih, anda boleh menikmati grafik permainan yang menakjubkan dan bebas lag dengan kadar tindak balas sentuhan 240Hz pantas, dikuasakan oleh Pemproses Octa Core 5nm 64-bit.

Galaxy S21 FE 5G, teman harian yang ideal dan dipercayai

Yakinlah bahawa peranti anda mempunyai ciri keselamatan yang baik pada platform Samsung Knox, yang boleh mengesan risiko siber dan melindungi data peribadi anda yang berharga pada setiap masa.

Samsung Galaxy S21 FE 5G juga menampilkan ciri Private Share, yang membolehkan anda berkongsi gambar dan video dengan orang tersayang dan rakan, menentukan tempoh mereka boleh mengakses, malah mengambil semula kandungan jika anda berubah fikiran.

Samsung Galaxy S21 FE 5G tersedia dalam empat pilihan warna menarik iaitu Olive, Lavender, Putih dan Graphite— semuanya hadir didalam kemasan matte yang bergaya, Galaxy S21 FE 5G meliputi semua aspek kegemaran peminat untuk menikmati pengalaman flagship Galaxy S21 kepada kumpulan pengguna yang lebih luas dan memberikan pengguna lebih lebih banyak cara untuk mengekspresikan diri sambil mengikuti aktiviti hari ini.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G Sekarang!

Samsung Galaxy S21 FE 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,899 bagi varian 128GB dan RM 3,099 bagi varian 256GB. Anda juga akan menerima e-baucar bernilai RM 350 untuk pembelian seterusnya dan satu tahun langganan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 220 secara percuma.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

ULASAN : Samsung Galaxy S21 FE 5G – Peranti Fan Edition Terbaik Keluaran Samsung

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.