Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE 5G mungkin dilancarkan pada 9 Mac


Laporan terbaru daripada Bloomberg mendakwa bahawa Apple mungkin akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 9 Mac ini.

Pada majlis pelancaran ini, Apple dijangka akan melancarkan beberapa produk yang termasuk generasi baharu iPhone SE dengan sokongan 5G, iPad Air dan komputer Mac Mini menggunakan cip

Apple Silicon.

Selain itu, Apple juga dijangka akan mula menawarkan kemaskini iOS 15.4 pada awal bulan Mac yang akan membawakan ciri untuk membuka iPhone menggunakan Face ID walaupun memakai pelitup muka.

Apple iPhone SE dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti iPhone SE (2020) namun dengan kemaskini pada bahagian kamera, cipset baharu dan sokongan 5G.

Selain itu, generasi baharu iPad Air pula akan tampil cip A15 Bionic, sokongan 5G dan skrin paparan 10.9-inci manakala Mac Mini mungkin hadir dengan beberapa pilihan cipset seperti Apple M1 Pro, M1 Max dan M2.

Buat masa ini Apple masih belum memberikan sebarang pengesahan rasmi mengenai majlis pelancaran ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.