Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Pro dan Reno7 mula memasuki pasaran antarabangsa – spesifikasi tinggi pada harga berpatutan

Oppo Reno7 Pro dan Reno7 mula memasuki pasaran antarabangsa - spesifikasi tinggi pada harga berpatutan 7
Oppo Reno7 Series telah dilancarkan di China pada bulan November tahun lalu dan kini telefon pintar ini telah memasuki pasaran global dan pasaran India adalah pasaran antarabangsa pertama untuk menerimanya.

Oppo Reno7 Series ini tampil didalam dua model iaitu Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro.

Oppo Reno7 Pro 5G adalah model paling atas daripada dua model yang dilancarkan dan ianya hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 – Max yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan yang bermula daripada 256GB.

Selain itu, Oppo Reno7 Pro 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang juga mempunyai sensor capjari terbina dan kadar kecerahan maksima 800nits.

Oppo Reno7 Pro dan Reno7 mula memasuki pasaran antarabangsa - spesifikasi tinggi pada harga berpatutan 8

Pada bahagian kamera, Oppo Reno7 Pro 5G mempunyai sensor utama 50MP Sony IMX766, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP Sony IMX709.

Oppo Reno7 Pro 5G juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 65W Super VOOC , ColorOS 12 yang berasaskan Android 11 dan lampu LED mengelilingi modul kamera yang juga berfungsi sebagai lampu notifikasi.

Oppo Reno7 Pro dan Reno7 mula memasuki pasaran antarabangsa - spesifikasi tinggi pada harga berpatutan 9

Beralih kepada Oppo Reno7 5G pula, ianya ianya tampil dengan skrin paparan 90Hz AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci.

Selain itu, Oppo Reno7 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 900 (bukan pemproses Snapdragon 778G seperti di China) yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, Oppo Reno7 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sama seperti pada Reno7 Pro iaitu sensor 32MP daripada Sony.

Selain itu, Reno7 5G juga mempunyai bateri 4,500mAh dengan pengecasan 65W Super VOOC (Reno7 di China tampil dengan pengecasan 60W).

Berikut adalah harga Oppo Reno7 Pro dan Oppo Reno7 di India :

Oppo Reno7 Pro INR 39,999 – RM 2,237

Oppo Reno7 INR 28,999 – RM 1,622

Oppo Reno7 Series dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.