Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Series di sahkan akan menawarkan S Pen


Majlis pelancaran Samsung Unpacked 2022 hanya berbaki 5 hari sahaja lagi dan ianya akan menjadi pentas kepada pelancaran Samsung Galaxy S22 Series yang paling ‘Noteworthy’ didalam sejarah siri telefon pintar ini.

Jika kata kunci ‘Noteworthy’ tidak mencukupi untuk anda, video teaser terbaru yang dimuat naik di akaun Twitter Samsung Mobile memberikan indikasi jelas bahawa Samsung Galaxy S22 Series akan tampil dengan S Pen.

Samsung Galaxy S22 Series ini akan hadir mempunyai tiga model iaitu Galaxy S22, Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 Ultra.

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy S22 Series akan berlangsung pada 9 Februari ini dan anda boleh mendapatkan ebaucar bernilai RM 200 untuk pembelian telefon pintar Galaxy S22 Series dengan mendaftar minat di SINI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.