Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Moto G Stylus 2022 kini rasmi pada harga sekitar RM 1,495

Motorola Moto G Stylus 2022 kini rasmi pada harga sekitar RM 1,495 9
Motorola secara rasminya telah melancarkan generasi ketiga telefon pintar Moto G Stylus.

Moto G Stylus 2022 ini hadir dengan skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar nisbah 20:9. Kamera selfie punch-hole 16MP.

Motorola Moto G Stylus 2022 kini rasmi pada harga sekitar RM 1,495 10

Sesuai dengan namanya, Moto G Stylus 2022 juga menawarkan sokongan stylus yang memberikan anda kebolehan mencatat nota dan melakar dimana sahaja.

Motorola Moto G Stylu 2022 hadir dengan cip MediaTek Helio G88, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Moto G Stylus 2022 tampil dengan satu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri, Motorola Moto G Stylus 2022 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W. Terdapat sensor capjari pada butang kuasa di sisi.

Motorola Moto G Stylus 2022 kini rasmi pada harga sekitar RM 1,495 11Motorola Moto G Stylus 2022 kini rasmi pada harga sekitar RM 1,495 12
Moto G Stylus 2022 ditawarkan didalam dua warna iaitu Twilight Blue dan Metallic Rose. Ianya ditawarkan pada harga $299 (RM 1,250) di Amerika Syarikat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.