Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro Series akan dilancarkan pada 16 Februari ini


realme secara rasminya telah mengesahkan realme 9 Pro Series akan dilancarkan pada 16 Februari ini dan pengesahan rasmi ini telah dikeluarkan oleh akaun Twitter realme India yang membawa maksud ianya akan dilancarkan dipasaran itu terlebih dahulu.

realme 9 Pro Series akan mempunyai dua model iaitu realme 9 Pro dan realme 9 Pro+ yang mana kedua-dua ini akan hadir dengan reka bentuk panel belakang yang berubah warna.

realme 9 Pro Series akan hadir dengan panel belakang yang berubah warna

Sebelum ini, realme juga telah mengesahkan realme 9 Pro+ akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920 5G.

Selain pelancaran di India, realme 9 Pro Series juga dijangka akan memasuki pasaran Eropah dan terdapat kemungkinan besar ianya akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.