Samsung Galaxy S22 Ultra dan Galaxy S22+ akan hadir dengan pengecasan pantas 45W -25W pada Galaxy S22
Samsung Galaxy S22 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Februari ini dan semakin kita menghampiri tarikh pelancaran, lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini mula diketahui.
Samsung Malaysia tawar diskaun RM 200 bagi pembelian Galaxy S22 Series jika daftar minat
Laporan terbaru Nieuwe Mobiel telah mengulas teknologi pengecasan yang akan ditawarkan pada Galaxy S22 Series yang mana Samsung Galaxy S22 akan membawakan sokongan pengecasan pantas 25W seperti pada Galaxy S21 manakala Samsung Galaxy S22+ dan Samsung Galaxy S22 Ultra akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 45W.
Walaubagaimanapun, anda juga pasti sedia maklum bahawa tiada sebarang adapter disertakan didalam kotak Samsung Galaxy S22 Series ini.
Samsung Galaxy S22 dilaporkan akan mengambil masa 70 minit untuk mengecas bateri 3,700mAh manakala Samsung Galaxy S22+ pula akan mengambil masa sekitar 60 minit untuk mengecas bateri berkapasiti 4,500mAh.
Dalam pada itu, waktu pengecasan yang diperlukan untuk mengecas bateri Samsung Galaxy S22 Ultra tidak diketahui.