Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IDC: Samsung kekal syarikat telefon pintar No.1 pada tahun 2021 – Apple di tempat kedua


IDC telah menerbitkan laporan pasaran telefon pintar global bagi suku ke-4 tahun 2021 dan ianya juga disertakan dengan laporan penuh bagi tahun 2021.

Menurut laporan daripada IDC ini, pasaran telefon pintar global bagi tahun 2021 telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7% yang menyaksikan Samsung kekal sebagai syarikat telefon pintar No.1 dunia diikuti Apple, Xiaomi, Oppo dan Vivo.

Samsung telah berjaya menjual 272 juta unit telefon pintar sepanjang tahun 2021 diikuti Apple ditempat ke-2 dengan 235.7 juta unit manakala Xiaomi ditempat ketiga dengan 191 juta unit. Oppo ke-4 dengan 113.5 juta unit dan vivo ditempat ke-5 dengan 128.3 juta unit.


Selain itu, mengulas sedikit mengenai suku ke-4 tahun 2021, Apple telah berjaya menjual 84.9 juta unit telefon pintar dan sebahagian besar jualan ini adalah iPhone 13 Series. Pada suku ke-4 ini hanya Samsung dan Xiaomi yang mencatatkan pertumbuhan positif berbanding suku yang sama tahun lalu.

Mengulas sedikit mengenai tahun 2022, IDC meramalkan pertumbuhan pada tahun ini akan lebih baik apabila kekurangan komponen pulih menjelang pertengahan tahun.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.