Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Promosi realme CNY tawar diskaun menarik bagi realme GT Master Edition


realme 9i telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini sebagai telefon pintar pertama dengan cip 6nm Snapdragon 680 pada harga RM 869 sahaja.

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal disambut esok, realme telah mengumumkan promosi Let’s Huat with realme yang memberikan anda hadiah percuma CNY dengan pembelian realme 9i mulai hari ini sehingga 20 Februari di realme Brand Stores.

Anda akan menerima :

• 1x realme backpack eksklusif berwarna putih

• 1x beg storan CNY realmeow

• 1x paket angpao realme

Selain realme 9i, realme juga menawarkan diskaun bernilai RM 100 bagi pembelian realme GT Master Edition.

Ini bermaksud, anda boleh mendapatkan realme GT Master Edition varian 8/128GB pada harga RM 1,399 manakala varian 8/256GB ditawarkan pada harga RM 1,599.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan realme GT Neo2 (RM 2,099), realme C11 (RM 399-RM 499), realme C21Y (RM 549), realme C25Y (RM 699), realme Pad (RM 999-RM 1,199) dan realme Book (RM 3,499) di semua realme authorized dealer store.

Anda boleh mendapatkan senarai realme Brand Store di laman rasmi realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.