Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

10 telko tawar panggilan percuma tanpa had sempena Hari Raya Aidilifitri

10 telko tawar panggilan percuma tanpa had sempena Hari Raya Aidilifitri 5

Walaupun pada mulanya ramai berharap sambutan Hari Raya Aidilifitri tahun ini tidak seperti tahun lalu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi mengekang gelombang ke-3 Covid-19 telah mengubah segala perancangan rakyat.

Dengan situasi yang memaksa kita sekali lagi berjauhan dari orang yang tersayang dan tidak dapat balik ‘kampung’, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan bahawa 10 syarikat telekomunikasi tempatan bersetuju untuk menawarkan panggilan percuma mulai jam 10 malam ini yang membolehkan anda berhubung dengan orang tersayang tanpa sebarang kos.

Panggilan percuma ini adalah ke semua rangkaian dan ianya boleh dinikmati bermula jam 10 malam ini (12 Mei) sehingga 10 pagi esok (13 Mei).

10 syarikat telekomunikasi yang bersetuju untuk menawarkan panggilan percuma adalah Celcom, TM Unifi, Yoodo, Digi, YES, Time dotCom, Maxis, Tune Talk, REDtone dan U Mobile.

Kesempatan ini juga kami ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri, Maaf Zahir dan Batin.

10 telko tawar panggilan percuma tanpa had sempena Hari Raya Aidilifitri 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.